Thursday, 14 June 2012

20 PERKARA 'JANGAN'



1. Jangan sengaja lewatkan solat.
2. Jangan masuk tandas tanpa memakai alas selipar.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh.
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat... kebaikan.
8. Jangan pakai sepatu yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah.
16. Jangan banyak ketawa.
17. Jangan biasakan berbohong.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Wednesday, 13 June 2012

Persoalan NIKAH AWAL...


Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepalaku dan anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya,kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)



2. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)

3. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
4. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah. 

Hadis Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.

Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.






Update Diriku

Salam...

Sudah lama tidak update  blog ni..hmm nak buat cmne sibuk ngan study je.. Hari ni dah 13 Jun 2012, Rabu.. Sekejap je masa berlalu, hujung minggu ni ku akan tinggalkan bumi Tanjong Malim ni sepanjang cuti semester.. Seronok jugak kan dapat bercuti lama-lama tp yang penting masa tu kena la isi dengan aktiviti yg bermanfaat. Perancangan sy, sminggu sy nk rehat je dlu kat rumah abang & bermain2 ngan ank2 saudara kesayanganku.. Rindu Imran & Mujahid.. Mujahid dh makin laju ke berjalan...? Suka sangat ngn keletah budak2 comel ni .. cerdik.. 

        Selepas tu sy nk keje sementara sebagai guru tadika, dekat je ngn rumah abg.. Sebulan lebih je nk keje, lpas tu nk balik kg.Pangkal Meleret, Machang Kelantan... Waaah..x sabarnye..  InsyaAllah, raya ke-4 ( 4 Syawal = 22 Ogos 2012 ) sy akn bertunang dengan jejaka yg terpilih, jejaka yg telah ditakdirkan utkku dari Terengganu... Ok la, x jauh sgt kn?...hehehe... So kena la balik awal sikit nk buat preparation tu..Nak gubah barang2 hantaran sendiri, istimewa utk dia...  Diri sendiri pun kena buat persediaan jgk.. hmm..mcm2 perasaan timbul..gementar, takut, malu & hepi sgt sebenarnya.. Kerana satu langkah menuju Gerbang Pernikahan.. Impianku utk membina Masjid yg bahagia & berlandaskan syariat.. 



Tuesday, 6 December 2011

Perkhidmatan membaiki kereta

HCHEM
H TO H SERVICE CENTRE
NO. 32-G, JALAN PUTRA 7,
TAMAN PUTRA KAJANG,
43300 KAJANG,
SELANGOR.





Mutiara Kata 1.

Wahai akal, jagalah hatiku seandainya hati ini terdetik niat dan rasa yang tidak baik. Wahai hati, jagalah akalku seandainya terlintas di fikiranku sangka buruk dan rancangan yang jahat. Semoga zahirku dibentuk dari hati dan akal yang berlandaskan syariat Islam.

Monday, 17 October 2011

Teman..teman..

Lagu ni..special buat insan-insan yang mengenaliku.. 
Love you all..

Kanak-kanak Pintar Cerdas

                                          Anak-anak amanah Allah SWT

 Anak-anak adalah anugerah dan rezeki kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Anak juga permata  bagi suami isteri. Imam Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, " sesungguhnya anak-anak kita adalah permata". Anak-anak merupakan amanah dan salah satu peranan terpenting di dalam kehidupan ibu dan ayah. Anak-anak yang diamanahkan Allah SWT itu hendaklah ibu dan ayah menjaganya dengan sebaiknya. Anak-anak yang mempunyai pemikiran pintar cerdas yang tinggi adalah anugerah Tuhan di samping usaha gigih yang tidak mengenal penat.

Anak-anak yang pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.Namun sesetengah golongan ini tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza serta perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju.

Anugerah yang dikurniakan Allah SWT. perlu diurus sebaik mungkin terutama dari aspek emosi. Ibu dan ayah dan juga guru boleh mengembangkan potensi anak-anak ini. Mereka perlu mempunyai keseimbangan antara kecerdasan intelek dengan kecerdasan emosi dalam pembangunan modal.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai potensi  dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik.