Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila
telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan
anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah.
Persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepalaku dan anak-anak muda yang
fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah
tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar
mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya,kahwin awal lebih memberi kita semangat
yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong
kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni
akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu
bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk
buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja
sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka?
Tidak kan?
Nabi tak larang pun orang miskin
berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu
namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)
2. Macam mana mahu cari modal untuk
majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa
perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos
seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang,
sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga
terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak
menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu
kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa
pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana
ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi
kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis
perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan
selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu
memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar
dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)
3. Tidak terlalu awalkah untuk saya
berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin
boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa
kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa
kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di
usia muda. Benda yang baik, jangan
dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan
anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan
berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan
yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan
perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan
perkara yang haram?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang,
yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila
tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
4. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada
diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali
sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau
penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap
menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada
banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun
jawapan dia, ini nasihat saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan
diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding
orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah
dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu
kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan
dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk
berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu
terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat
Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv
semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara
orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti
di atas.
Ingat, bila seseorang itu berkahwin
kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki
untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin
awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah
sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah
kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat untuk
golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal.
Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu
pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah
yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Hadis Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari
Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai
kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin
hendaklah berkahwin.
Kerana
sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi
barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian
itu akan menahan nafsunya.”


No comments:
Post a Comment