Monday, 17 October 2011

Kanak-kanak Pintar Cerdas

                                          Anak-anak amanah Allah SWT

 Anak-anak adalah anugerah dan rezeki kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Anak juga permata  bagi suami isteri. Imam Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, " sesungguhnya anak-anak kita adalah permata". Anak-anak merupakan amanah dan salah satu peranan terpenting di dalam kehidupan ibu dan ayah. Anak-anak yang diamanahkan Allah SWT itu hendaklah ibu dan ayah menjaganya dengan sebaiknya. Anak-anak yang mempunyai pemikiran pintar cerdas yang tinggi adalah anugerah Tuhan di samping usaha gigih yang tidak mengenal penat.

Anak-anak yang pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.Namun sesetengah golongan ini tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza serta perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju.

Anugerah yang dikurniakan Allah SWT. perlu diurus sebaik mungkin terutama dari aspek emosi. Ibu dan ayah dan juga guru boleh mengembangkan potensi anak-anak ini. Mereka perlu mempunyai keseimbangan antara kecerdasan intelek dengan kecerdasan emosi dalam pembangunan modal.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai potensi  dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik.

No comments:

Post a Comment